fbpx

50 rumah terjejas banjir kilat di Pontian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN salah sebuah rumah penduduk di Pekan Nanas, Pontian dinaiki air banjir kilat awal pagi hari ini.

PONTIAN – Hujan lebat awal pagi hari ini menyebabkan beberapa kawasan di Pekan Nanas di sini dilanda banjir kilat.

Dalam kejadian bermula pukul 4.30 pagi itu, sebanyak 50 buah rumah di Kampung Parit Pasir dimasuki sehingga paras buku lali.

Seorang penduduk, Depanaik Abdullah, 62, berkata, air begitu cepat naik ketika semua ahli keluarga sedang lena dibuai mimpi.

“Banjir kilat kerap berlaku di Kampung Parit Pasir Baru walaupun beberapa langkah pencegah sedang dan telah diambik oleh pihak kerajaan.

“Beberapa peralatan perabot rosak apabila air memasuki keseluruhan rumah seperti kerusi sofa dan sebagainya, ” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Seketeriat Jawatankuasa Bencana Daerah Pontian memberitahu, sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya pada pukul 9.30 pagi ini.

“PPS di SK Melayu Raya telah dibuka secara rasmi melibatkan dua keluarga dari Jalan Kempas, Kampung Seri Gambut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan di lokasi kejadian dengan bantuan Penghulu Mukim Pontian serta Jawatankuasa Pembangunan dan Komuniti Kampung (JPKK) Kawasan 12 Mukim Pontian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI