fbpx

16 juta ayam, itik dijangkiti selesema burung dihapuskan di Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS dilanda wabak selesema burung paling teruk sehingga menyebabkan 16 juta ternakan dilupuskan sehingga November tahun lalu. - Inquirer

PARIS – Kementerian Pertanian Perancis menyatakan bahawa kira-kira 16 juta ayam, itik dan burung ternakan lain dihapuskan sejak November tahun lalu, berpunca daripada wabak selesema burung antara paling teruk pernah melanda negara itu, lapor laman berita Wion News semalam.

Perancis dilanda beberapa wabak selesema burung sejak 2015. Kebanyakan wabak itu bagaimanapun berjaya dikawal.

Buat pertama kalinya pada musim sejuk tahun ini, kawanan burung liar dilaporkan bermigrasi dari selatan negara itu dan menyebarkan jangkitan kepada ayam ternakan sehingga mencetuskan gelombang kedua. 

Hampir 1,400 ladang ternak mencatatkan kes selesema burung termasuk sekurang-kurangnya 850 ladang di Vendee. 

Vendee dianggap kawasan strategik oleh kementerian tersebut kerana menjadi rumah kepada banyak ladang ayam dan burung lain yang diternak secara eksklusif.

Wabak berkenaan memuncak akhir Mac lalu, namun penyebaran penyakit itu semakin perlahan selepas itu, kata kementerian sama.

Aktiviti memusnahkan burung ternakan menyebabkan kerugian besar termasuk kepada petani kerana pengeluaran terhenti dan pasaran eksport ditutup. Beberapa negeri turut membayar pampasan kepada petani atas kerugian yang dialami. 

Pengeluaran telur telah menurun sekitar 6 peratus sejak November tahun lalu akibat wabak itu, demikian menurut naib presiden Jawatankuasa Telur (NCPO), Loic Coulombel.

Tahun lepas, hampir 500 ladang ternak melaporkan kes selesema burung dan 3.5 juta haiwan terutamanya itik telah dimusnahkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI