PETALING JAYA – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat sebuah keluarga di Johor berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka rebah digigit lipan, semalam.
Menerusi satu klip video yang dimuat di laman sosial @perdanabm dipercayai abang mangsa, memaparkan detik cemas yang menimpa adik perempuannya itu.
Lebih merisaukan, video berdurasi 20 saat itu turut menunjukkan keadaan mangsa yang lemah sehigga tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke hospital.
Bagaimanapun, satu perkongsian berbeza yang dimuat naik di laman sosial yang sama hari ini memaklumkan bahawa mangsa kini dalam keadaan stabil.
“Selepas satu jam setengah dirawat. Alhamdullilah,” katanya.
Meninjau ke ruangan komen mendapati orang ramai meluahkan rasa simpati serta mendoakan agar wanita berkenaan sembuh dengan segera.
“Ingat geng tak semua orang antibodi sama, ade yang kuat ade yang tak. Semoga di permudahkan urusanya,” kata joee1987.
“Aallahuakbar. Pernah kena sengat lipan zaman sekolah rendah dulu. Tuhn je tahusakit kena sengat mcm mana. Semoga dipermudahkan segala urusan dan cepat sembuh,” ujar @chiknur823.
“Allahuakbar, saya pun pernah digigit lipan, memang bisa. Semoga cepat sembuh dik,” ucap nana. – KOSMO! ONLINE