fbpx

Rugi RM132,900 angkara Macau Scam menyamar pegawai KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM132,900 akibat ditipu sindiket Macau Scam yang licik menyamar sebagai pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) pada bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima laporan polis berhubung kes tipu menyamar sebagai pegawai KKM pada 30 April lalu.

“Mangsa seorang wanita berusia 47 tahun yang bekerja di bahagian pengurusan sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan menerima panggilan telefon daripada lelaki mengaku sebagai pegawai KKM, Bahagian Pemeriksaan Bekalan Ubatan.

“Mangsa diminta untuk mengesahkan sama ada pernah mengambil ubat-ubatan seperti ubat panadol, ubat tahan sakit, ubat batuk dan ubat selesema secara berlebihan di sebuah Klinik Komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, wanita itu menafikan dan panggilan kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki lain yang menyamar sebagai pegawai polis memaklumkan mangsa juga terlibat dengan jenayah penggubahan wang haram.

“Mangsa telah ditakutkan sekiranya tidak mengaku kesalahan tersebut waran tangkap akan dikeluarkan.

“Panik dengan ugutan tersebut, mangsa telah membuat pindahan duit sebanyak lima kali ke dalam satu akaun yang sama bermula dari 22 hingga 26 April dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM132,900,” ujarnya.

Jelasnya, mangsa juga menerima panggilan telefon lain pada Sabtu lalu dan diminta untuk membuat bayaran tambahan sebelum wanita itu membuat laporan polis.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI