fbpx

Pertubuhan Briged Prihatin rayu bantu rakyat Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Fakhrurrazi (kiri) bertukar MoU bersama wakil Gazze Destek Dernegi baru-baru ini.

Oleh Kosmo!

PETALING JAYA – Pertubuhan Briged Prihatin menyeru orang ramai membantu menyalurkan sumbangan kepada Gaza, Palestin selepas ramai rakyat di negara itu tercedera dalam pertempuran dengan tentera Israel baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Briged Prihatin, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi berkata, sumbangan tersebut boleh disalurkan terus ke pertubuhan berkenaan.

Pada masa sama katanya, mereka telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) diantara pertubuhan itu dengan badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Gazze Destek Dernegi yang berpusat di Istanbul, Turki.

“Kerjasama ini bagi membantu masyarakat disana dari segi bantuan pendidikan, makanan, bahan mentah serta infrastruktur kediaman dan sekolah.

“Kerjasama ini juga bagi membuktikan betapa rakyat Malaysia sangat prihatin dan cakna terhadap isu semasa khususnya melibatkan isu kemanusiaan di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Terdahulu, pada 15 April lalu, 153 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.

Pembantaian tentera Israel terhadap rakyat Palestin khususnya Gaza bukan perkara baru malah ia seolah-olah menjadi trend saban tahun.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI