fbpx

Penyamun tuduh tuan rumah tidak bayar sewa, selamba tidur di katil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas suspek bertenang, mangsa bertindak merakam gambar suspek secara sembunyi menggunakan telefon bimbitnya. – Jabatan Polis Bandar Greenbelt

GREENBELT, MARYLAND – Seorang wanita di negeri Maryland, Amerika Syarikat yang baru pulang daripada bercuti terkejut apabila mendapati dua pencuri sedang berbaring di atas katil dalam biliknya selepas melarikan barangan bernilai lebih AS$49,000 (RM213,323), lapor akhbar Metro UK semalam.

Menurut polis Greenbelt, sebaik sahaja tiba di rumah, mangsa mendapati pintu hadapannya rosak  selain harta bendanya juga telah dikeluarkan.

“Mangsa kemudian menemui dua suspek, seorang lelaki dan wanita yang berbaring di atas katil, manakala  hanya beberapa barangan sahaja masih berada di dalam rumah,” kata polis.

Mangsa berkata, kedua-dua suspek telah mencuri harta bendanya sebelum bertindak agresif terhadapnya dan melarikan diri.

“Bukan sahaja berehat di rumah, semua barangan juga dicuri kecuali katil kerana mereka berkata amat menyukai katil saya.

“Saya bertanya, siapa mereka. Mereka kemudian menyebut nama saya dan berkata bahawa saya tidak membayar duit sewa rumah. 

“Saya berasa hairan dan menjawab bahawa saya ada membayar sewa rumah,” ujarnya.

Mangsa seterusnya cuba melarikan diri namun dikasari oleh suspek lelaki dan melarangnya daripada menghubungi polis. 

Selepas suspek bertenang, mangsa bertindak merakam gambar suspek secara sembunyi menggunakan telefon bimbitnya.

“Sukar untuk mempercayai kejadian ini berlaku kepada saya kerana selalunya kita melihatnya di kaca televisyen,” kata mangsa.

Sebelum melarikan diri, suspek lelaki ada berkata bahawa dia akan melakukan perkara yang sama di unit apartmen lain. – Agensi 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI