fbpx

Pekerja New Zealand boleh ambil cuti tanpa had

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CUTI tanpa had ditawarkan kepada pekerja untuk menyambut cadangan Perdana Menteri Jacinda Ardern bagi tempoh kerja empat hari seminggu. - Unsplash

WELLINGTON – Beberapa laporan menyatakan bahawa sebuah syarikat berpangkalan di New Zealand menawarkan pengambilan cuti tanpa had kepada pekerjanya, lapor laman berita Wion News semalam.

Syarikat perisian komputer itu membenarkan pekerja mengambil cuti selama mungkin dan tawaran itu berdasarkan ‘sifat amanah tertinggi’.

Syarikat Actionstep membenarkan pekerjanya mengambil cuti selama sebulan dalam setahun. Syarikat berpangkalan di bandar Auckland itu membenarkan pekerja bercuti untuk memastikan minda mereka berada dalam keadaan terbaik. 

Menurut laporan berkenaan, LinkedIn dan Netflix juga cuba menggunakan model yang sama.

Sebuah lagi syarikat dari New Zealand, Rocketwerkz menawarkan cuti tahunan dan cuti sakit tanpa had sejak beberapa tahun lalu. 

Konsep fleksibiliti di tempat kerja sebelum ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern yang mencadangkan tempoh bekerja selama empat hari seminggu.

Pada tahun lalu, syarikat Unilever New Zealand memulakan percubaan membenarkan kakitangannya bekerja kurang sehari dalam seminggu untuk menyokong cadangan tersebut. 

Idea berkenaan mendapat sokongan semasa pandemik Covid-19 yang menyaksikan berjuta-juta pekerja bekerja dari rumah.

Unilever New Zealand berkata, percubaan itu adalah anjakan matlamat yang memberi tumpuan kepada produktiviti dan bukannya masa bekerja. Mereka memberikan gaji penuh walaupun waktu bekerja telah dikurangkan . – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI