fbpx

Netizen geram Bilal berbaju Melayu, bersongkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan selebriti Neelofa dan Haris bergambar dengan anak sulung mereka, Bilal.

PETALING JAYA – Sambutan Aidilfitri pertama anak kepada pasangan selebriti popular Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal membuatkan ramai netizen naik geram melihatnya gaya comelnya berbaju Melayu lengkap bersongkok.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram milik Neelofa, kelihatan Bilal yang kini berusia empat bulan bergambar bersama kedua-dua oranf tuanya berbaju Melayu sedondon rona hijau muda.

Melihat gaya Bilal menggayakan busana tradisional, rata-rata netizen naik geram dan memuji penampilan segaknya di pagi raya.

“Masya-Allah comel betul Bilal berbaju Melayu!” komen seorang netizen.

“Tutup muka pun nampak ‘handsome’ Bilal,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Comel betul Bilal pakai baju Melayu dan bersongkok,” ujar seorang lagi netizen.

Menerusi perkongsian dalam Instagram milik Haris, ada juga segelintir pengguna merayu supaya segera mendedahkan wajah anak mereka untuk tatapan peminat.

“Tolonglah kami mahu lihat wajah Bilal.. Allahu,” pinta seorang netizen.

“Alaaa tak nampak muka Bilal lagi,” kata seorang pengguna Instagram.

“Tutup lagi (muka). Bila nak tayang wajah Bilal?” soal seorang lagi netizen.

Terdahulu, Neelofa dan Haris dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021 lalu.

Pasangan popular itu dikurniakan cahaya mata sulung yang diberi nama Muhammad Bilal pada 31 Januari lalu, namun sehingga kini masih belum berkongsi wajah putera sulung mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI