fbpx

Maut selepas lebih 13 jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat simpang tiga Kampung Padang Lebar. - FOTO: IHSAN PEMBACA

REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut pagi tadi selepas lebih 13 jam bertarung nyawa terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di Kilometer 30, Jalan Seremban-Tampin, dekat simpang tiga Kampung Padang Lebar.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan, Hazri Mohamad berkata, mangsa, Muhammad Amirul Hakim Rosli, 20, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC terbabit dalam nahas bersama sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban untuk menerima rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira pukul 9 pagi tadi, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di wad unit rawatan rapi (ICU) HTJ dan punca kematian adalah Severe Traumatic Brain Injury yang telah disahkan oleh pegawai perubatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hazri berkata, berdasarkan siasatan awal, kemalangan berlaku semasa kereta jenis Nissan Serena yang dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun sedang membelok ke kanan dari arah Seremban menuju ke simpang Kampung Padang Lebar.

“Semasa masuk ke simpang tersebut, datang motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah bertentangan telah terlanggar dibahagian pintu kiri penumpang belakang.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI