PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad bawah 23 negara (B-23), Brad Maloney mengesahkan senarai akhir 24 pemain yang akan dibawa menyertai temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam bermula Jumaat ini.
“Daripada senarai 24 pemain yang diberikan, Maloney akan mengumumkan senarai akhir 20 pemain untuk didaftarkan bagi Sukan SEA 2021 pada Jumaat sehari sebelum saingan Kumpulan B bermula.
“Sementara itu, empat pemain yang tiada dalam senarai akhir 20 pemain itu akan terus kekal berada di Hanoi sebagai Senarai Bersedia bagi menggantikan mana-mana pemain yang terpaksa digugurkan jika diuji positif Covid-19 di sepanjang saingan Sukan SEA 2021 berlangsung,” kata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Skuad muda Harimau Malaya akan berlepas ke Hanoi pada pagi esok untuk mengharungi aksi Kumpulan B bersama-sama Thailand, Laos, Kemboja dan Singapura.
Sebagai rekod, kali terakhir skuad B-23 negara meraih ‘ibu emas’ pada temasya edisi 2011 di Jakarta, Indonesia sewaktu dibimbing Datuk Ong Kim Swee. – KOSMO! ONLINE
Berikut adalah senarai penuh 24 pemain ke Sukan SEA 2021;
PENJAGA GOL
Azri Ab Ghani (KL City)
Firdaus Irman (PDRM)
Rahadiazli Rahalim (TFC)
PERTAHANAN
Ahmad Zikri Khalili (Selangor)
Quentin Cheng (Selangor)
Harith Haiqal (Selangor)
Azrin Afiq (Selangor)
Fahmi Daniel (Selangor II)
Faiz Amer (Selangor II)
Azam Azmi Murad (TFC)
Umar Hakeem (JDT II)
Ubaidullah Shamsul (Projek FAM-MSN)
Hairiey Hakim (TFC II)
TENGAH
Mukhairi Ajmal (Selangor)
Syahir Bashah (Selangor)
Aiman Afif (KDA FC)
Safwan Mazlan (TFC)
Nik Akif Syahiran (TFC)
PENYERANG
Danial Asri (Selangor)
Hadi Fayyadh (Azul Clairo)
Luqman Hakim (KV Kortrijk)
Shafie Aszwad (JDT III)
Nur Azfar Fikri (TFC II)
Syafik Ismail (TFC)