REMBAU – Dua buah rumah di Kampung Legung Ulu, di sini, terjejas banjir dalam kejadian awal pagi Syawal ke-2.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohamad Najib Mustafa berkata, buat masa ini, pihaknya sedang memantau keadaan banjir dan paras air sungai di beberapa buah perkampungan susulan limpahan air dari negeri jiran, Melaka.
Menurutnya, kawasan rumah penduduk yang terjejas banjir berkenaan bukanlah kawasan hotspot sebelum ini, namun air naik sekitar pukul 2.45 pagi tadi sehingga paras 1.5 meter.
“Banjir ini dipercayai berpunca dari hujan lebat di kawasan tadahan dan rekod bacaan kumulatif hujan di stesen berhampiran iaitu Stesen Pulau Mampat ialah 70.5 milimeter (mm).
“Buat masa ini, tiada mangsa dipindahkan dan pemantauan dilakukan dari masa ke masa,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.KOSMO! ONLINE