fbpx

Cuaca buruk di Perak, Sarawak dan Sabah petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di Perak, Sarawak dan Sabah dinasihatkan agar berwaspada ekoran amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku sehingga lewat petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perak melibatkan kawasan Kuala Kangsar.

“Di Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang (Limbang).

“Seterusnya di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI