fbpx

Baju raya RM20,000 hilang sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar baju raya bernilai RM20,000 yang rosak akibat tertumpah kuih sate.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri selama dua tahun, ramai orang tidak melepaskan peluang untuk meraikan raya kali ini dengan pelbagai persiapan istimewa termasuk hidangan dan jamuan serta busana raya sehingga mencecah ribuan ringgit.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial Farawen memaparkan situasi menyedihkan apabila busana miliknya yang bernilai RM20,000 hilang sekelip mata.

Menurutnya, baju yang ditempah tiga bulan sebelum raya itu hanya dapat digayakan pada pagi hari raya pertama malah tidak sempat untuk bergambar bersama keluarga.

“Saya tempah baju raya tiga bulan sebelum dan hanya sempat bergambar ‘selfie’ (swafoto) bersama anak, tanpa gambar keluarga.

“Selepas itu, kejadian tak disangka berlaku apabila tertumpah minyak sate atas kain sutera yang memang tidak akan hilang,” katanya.

Susulan daripada, rata-rata orang ramai melahirkan perasaan terkejut mendengar kos pakaian tersebut dan meminta individu terbabit untuk cuba menggunakan sabun kuning bagi menghilang kesan kotor berkenaan.

“Terima kasih kepada kuah sate dan syukur kepada Allah dapat jugak satu dunia tahu baju itu RM20,000,” luah Blana.

“Alah cuci je guna sabun kedai eco yang kuning, boleh hilang tu. Segala minyak dan daki pun boleh hilang dan harga baru RM2.20,” jelas idamahmood.

“Insya-Allah, Allah akan gantikan dengan lebih baik. Semoga allah murahkan rezeki,” ucap DC koleksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI