fbpx

472 kawasan di KL, Selangor alami bekalan gangguan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PETALING JAYA – Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan sebanyak 472 kawasan di lima wilayah akan mengalami bekalan gangguan air tidak berjadual bermula pukul 3 petang hari ini.

Gangguan bekalan tersebut ekoran insiden pencemaran yang telah dikesan di muka sauk Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Menurut Air Selangor, henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) telah dibuat pada pukul 6.15 pagi manakala Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) pada pukul 11.30 pagi tadi.

“Berikutan itu, sebanyak 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).

“Bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada para pengguna dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan tersebut, Air Selangor kini sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan dan menasihatkan agar para pengguna di kawasan terjejas menyimpan air secukupnya sehingga bekalan air dapat disalurkan.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Para pengguna boleh merujukkesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI