fbpx

Subvarian Omicron berpotensi cetus pandemik baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki warga Afrika Selatan sedang menerima suntikan vaksin Pfizer di tapak vaksinasi Discovery di Sandton, Johannesburg. - AFP

CAPE TOWN – Satu kajian yang dijalankan di Afrika Selatan mendapati subvarian baharu Omicron berpotensi mencetuskan gelombang baharu pandemik Covid-19, lapor laman berita Wion News.

Varian tersebut didapati mampu mengatasi imuniti semula jadi manusia termasuk bekas pesakit Covid-19.

Pandemik Covid-19 juga masih belum berakhir, manakala jumlah kes yang dicatatkan terus meningkat.

Menurut kajian tersebut, sub varian Omicron itu lebih banyak menjangkiti individu tidak divaksin berbanding mereka yang sudah menerima imunisasi. 

Perkara itu disahkan oleh saintis-saintis ketika menyelidiki subvarian Omricon tersebut, BA.4 dan BA.5.

Kajian mereka melibatkan pengambilan 39 sampel darah termasuk 15 daripada mereka yang sudah divaksin.

“Kumpulan divaksin menunjukkan keupayaan meneutralkan virus Covid-19 lima kali ganda lebih tinggi daripada kumpulan tidak divaksin  dan mereka sepatutnya lebih terlindung.

“Namun, berdasarkan keupayaan jangkitan BA.4 dan BA.5, subvarian itu berpotensi mengakibatkan gelombang jangkitan baharu,’’ demikian menurut hasil kajian mereka.

Afrika Selatan juga kata mereka, mungkin akan dilanda gelombang baharu Covid-19 dengan subvarian Omicron sebagai punca penularan. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI