fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di 10 negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di laman Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Pulau Pinang manakala beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak serta Sabah.

“Di Kedah melibatkan kawasan Langkawi, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Bagi negeri Kelantan kawasan yang terjejas di Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang sementara di Terengganu di Hulu Terengganu dan Kemaman,” katanya hari ini.

Tambahnya, bagi kawasan di Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Rompin manakala di Johor di Segamat dan Mersing.

“Di negeri Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei dan Sibu (Sibu dan Kanowit) manakala di Sabah pula di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Telupid),” katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI