fbpx

Rayzam sedia buru rekod Sukan SEA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH 110 meter (m) lari berpagar negara, Rayzam Shah Wan Sofian menyasarkan penamat gemilang sebelum menutup kariernya di pentas antarabangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam bermula 12 hingga 23 Mei ini.

Pelari berusia 34 tahun itu bukan sahaja mahu merampas semula pingat emasnya, tetapi bertekad untuk mengukir nama selaku pemegang rekod Sukan SEA sebelum bersara sepenuhnya daripada arena olahraga selepas ini.

Bagaimanapun, ia bukan tugas mudah kerana Rayzam perlu mencatat masa lebih pantas daripada 13.69 saat (s) untuk mema­dam rekod Sukan SEA yang dilakukan legenda Thailand, Jamras Rittidet sewaktu Sukan SEA Singapura 2015.

“Ini adalah penampilan ter­akhir saya di pentas Sukan SEA. Jadi, sudah tentu saya mahu lakukan pencapaian yang manis di Hanoi nanti.

“Saya mungkin menjadi pelari berpagar paling senior kerana negara-negara lain akan senaraikan atlet-atlet muda dalam lingkungan umur 21 hingga 24 tahun.

“Saya ada pengalaman dan akan berikan yang terbaik untuk bawa pulang pingat emas. Harap-harapnya berjaya (pecah rekod Sukan SEA),” katanya.

Cabaran terdekat buat peme­gang rekod kebangsaan dengan catatan 13.67s itu sudah tentu ter­arah kepada atlet Filipina, Clinton Kingsley Bautista yang menewaskannya sewaktu edisi Manila 2019.

Selain Rayzam, turut menggalas cabaran negara dalam acara 110m lari berpagar di Stadium Nasional My Dinh pada 16 Mei ini ialah Mohd. Rizzua Haizad Muhamad yang membuat debut di pentas Sukan SEA.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI