fbpx

Pelajar Sabah, Sarawak sayu tidak pulang ke kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SISWA dan siswi yang menuntut di UniSZA, Kuala Terengganu dan tidak dapat pulang menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing akan diraikan dalam majlis khas pada 1 Syawal nanti.

SINTOK – Tiga sahabat dari Sabah yang sama-sama merantau menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini, mengakui sedih dan sayu apabila terpaksa menyambut Aidilfitri jauh daripada keluarga masing-masing.

Ketiga-tiga mereka iaitu Farah Hafiza Abdul Jaid, 23; Nur Syafiqah Syazuanita Ab. Rahim, 23, serta Amrinah Mad Sae, 24, membuat keputusan untuk tidak pulang ke kampung halaman ke­rana kos tinggi serta tempoh cuti yang pendek.

Menurut Farah Hafiza yang berasal dari Lahad Datu, dia berasa sayu kerana ia merupakan kali pertama dia beraya jauh dengan keluarga.

“Dua tahun lalu, saya pulang ke Sabah kira-kira dua hari sebelum raya tetapi malangnya saya tidak dapat beraya di rumah kerana terpaksa ditempatkan di pusat kuarantin di Lahad Datu selama lima hari.

“Selepas itu, saya diarahkan menyambung tempoh kuarantin selama tujuh hari lagi yang mana saya kuarantin diri di sebuah kedai makan milik sepupu di kampung,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kata penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti itu lagi, raya kali ini dia akan beraya di rumah rakan baiknya, Safawati Azlin Azli di Jeniang, Sik.

“Alhamdulillah, rasa sayu tu mungkin berkurangan apabila saya berpeluang beraya bersama keluarga rakan di kampung. Saya seronok kerana rakan beritahu akan masak laksa sebagai juadah hari raya nanti.

“Sambutan raya di rumah Safawati nanti meriah kerana beberapa rakan dari Sabah juga akan turut sama menum­pang kasih di situ,” ujarnya yang berketurunan Bajau.

Katanya, dia akan membuat panggilan video kepada keluarga pada hari raya pertama nanti.

Farah Hafiza dan Nur Syafiqah dan Amrinah Mad Sae akan membuat panggilan video kepada keluarga masing-masing pada hari raya pertama nanti.

Sementara itu, Nur Syafiqah Syazuanita dari Sandakan pula berkata, dia bersama Amrinah berasal dari Keningau serta empat lagi rakan bukan Islam akan bercuti di Pulau Langkawi pada hari raya pertama hingga ketiga.

“Ia merupakan kali kedua saya tidak pulang beraya yang mana kali pertama saya terpaksa beraya di kampus kerana baru sahaja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

“Tetapi kali ini agak berbeza kerana dua hari sebelum raya, kami akan ke rumah Safawati, namun pulang awal kerana mahu ke Pulau Langkawi pada raya pertama,” katanya.

Katanya, selain tiket penerbangan yang mahal, dia dan kebanyakan penuntut dari Sabah tidak pulang kerana menunggu cuti semester pada Julai nanti yang lebih panjang.

Di Lembah Klang, seorang pelajar Universiti Malaya, Amira Syafira Amir, 25, berkata, dia tidak dapat merealisasikan impian keluarganya untuk pulang menyambut lebaran setelah harga tiket penerbangan pulang ke Tawau mencecah ribuan ringgit.

“Kebiasaannya harga tiket dua hala ke Tawau hanya RM500. Namun, tahun ini harga tiket penerbangan sangat mahal,” katanya.

Menurutnya, sudah hampir dua tahun dia bergelar perantau dan tidak dapat beraya bersama keluarga sehingga keadaan memaksanya untuk pulang beraya di kampung halaman bapanya di Tampin, Negeri Sembilan.

“Saya membesar di Sabah, ke­luarga besar juga berada di Sabah. Sebenarnya memang rasa janggal bila beraya tanpa keluarga di sisi tapi untuk pulang ke Tawau memerlukan kos yang tinggi untuk saya dan adik,” ujarnya.

Sementara itu, bagi seorang lagi penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Natrah Laili Abdul Aziz, 24, pula menzahirkan rasa sedih apabila dia terpaksa beraya di Kuala Lumpur bersama kakaknya kerana baru sahaja menjalani latihan industri di Lembah Klang.

“Memandangkan kami adik-beradik baru mula bekerja, saya merancang untuk berkunjung ke rumah kawan-kawan yang me­ngalami nasib sama seperti saya,” jelasnya.

Di Kuala Terengganu, pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang tidak dapat pulang beraya bakal diraikan dalam ­majlis khas pada 1 Syawal nanti.

Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, ia merupakan inisiatif pengurusan universiti untuk menghiburkan dan menceriakan pelajar-pelajar terbabit pada hari lebaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI