PETALING JAYA – McCormick yang terkenal dengan rempah dan herbanya yang tiada tandingan dari segi kesegaran, aroma dan kelazatannya, telah melancarkan satu rangkaian baharu bertujuan memberi pilihan terbaik kepada peminatnya untuk mencipta rasa enak dalam masakan masing-masing.
Pengurus Besar GBA Corporation Sdn. Bhd., Mohan Alagappar berkata, produk baharu, McCormick Singles serba baharu itu padat dengan 100 peratus rempah dan herba asli yang dimuatkan dalam pembungkusan sekali guna yang menyenangkan.
Menurut beliau, pembungkusan baharu ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran tetapi juga menjamin kesegaran dan keenakan rasa yang tiada tandingan setiap kali digunakan,” katanya dalam kenyataan.
GBA adalah pengedar eksklusif produk McCormick.
Mohan menerangkan, McCormick Singles juga boleh dianggap sebagai ‘kit rempah’ yang sempurna untuk pengguna yang baru belajar memasak.
Ia juga bersesuaian untuk mereka yang suka memasak serta menyediakan sajian masakan yang lazat dan penuh aroma dengan lebih mudah. -KOSMO! ONLINE