fbpx

Lelaki Bangladesh maut ditikam atas bumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui mati dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh rakan senegara dalam pergaduhan di tingkat atas bumbung sebuah bangunan kedai di Sitiawan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, anggota polis tiba di lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada pukul 5.07 pagi.

Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan lima kesan tikaman pada tubuhnya

“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 39 tahun dan suspek berusia 26 tahun tinggal di rumah yang sama bersama tujuh lagi lelaki warga Bangladesh.

“Kedua-duanya yang bekerja kilang kemudian dipercayai naik ke tingkat atas bumbung untuk berbual, manakala yang lain tidur di tingkat bawah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kira-kira pukul 3 pagi, seorang rakan serumah terdengar bunyi bising seperti seseorang meminta pertolongan lantas dia mengejutkan rakan lain.

Jelasnya, sebaik tiba mereka melihat mangsa sudah terbaring tidak sedarkan diri dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek serta berlumuran darah.

Menurut Nor Omar, suspek utama melarikan diri manakala tujuh lelaki warga Bangladesh ditahan untuk membantu siasatan.

“Kesemuanya direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI