fbpx
Lori balak yang ditahan di Manek Urai, Kuala Krai semalam FOTO IHSAN JPJ KELANTAN

JPJ tahan lori balak degil beroperasi semasa musim raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menahan sebuah lori yang membawa muatan balak selepas didapati menjalankan operasi semasa musim Hari Raya Aidilfitri di Manek Urai, Kuala Krai dekat sini semalam.

JPJ sudah membuat hebahan berhubung larangan kenderaan yang membawa barangan di jalan raya bermula 30 April, 1, 2, 7 dan 8 Mei.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd. Misuari Abdullah berkata, lori itu ditahan pada pukul 3 pagi semasa anggota Stesen Penguatkuasa JPJ Laloh menjalankan rondaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati, Lesen Kenderaan Motor lori tersebut juga tamat tempoh selain tiada perlindungan insuran

“Kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“JPJ sebelum ini sudah membuat hebahan pada tarikh tersebut mengenai arahan larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Aidilfitri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN