PETALING JAYA – Pelbagai adegan-adegan menarik mewarnai persiapan menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri.
Menerusi hantaran afiiiiq._ di laman sosial TikTok dia berkongsi kisah sedih ringkas dalam persiapannya menjelang Syawal.
Video berdurasi enam saat yang tular di media sosial itu, memaparkan lelaki terbabit yang sedang seterika baju melayu ayahnya secara tidak sengaja terbakar baju itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersimpati dengan nasib menimpa individu tersebut.
“Kasihannya, aduhai, tidak mengapa beli baru lagi, selamat hari raya,” kata jessz.
“Bang kalau kamu tidak menangis masa mintak maaf dekat dia saya pun tidak tahu,” jelas lyssa.
Sementara itu, juneida823 turut berkingsi kejadian yang hampir sama menimpa dirinya.
“Pagi tadi gosok baju suami nak pergi masjid, sekali melekat, nasib tidak koyak, ada kesan sikit sahaja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE