fbpx

Ibu sedih anak sulung bantu belanja keluarga putus tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Muhammad Faiz yang kudung tangan kanan ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Kilang Ketapan, Gurun baru-baru ini.

GURUN – Luluh hati seorang ibu mengenangkan nasib anak sulungnya yang hilang sumber pendapatan selepas mengalami kecacatan kekal berikutan separuh tangan kanannya terputus akibat terkena mesin di tempat kerjanya di sini, 21 Februari lalu.

Muhammad Faiz Aiman Hasli, 22, dari Kampung Kilang Ketapan di sini mengalami kemalangan itu ketika baru dua minggu bekerja di kilang pengeluar komponen plastik dan logam tersebut.

Menurut ibunya, Faizah Jamaludin, 43, kejadian itu sangat mengejutkan dan menyebabkan anak sulung daripada tiga beradik itu mengalami kecacatan kekal.

“Saya sedih kerana anak saya kehilangan tangan kanannya dan dia tidak lagi dapat menjalani kehidupan seperti biasa lagi.

“Anak saya itu seorang yang sangat rajin membantu keluarga kerana dia sudah mula bekerja pada usia 19 tahun bagi meri­ngankan beban keluarga,” kata­nya di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Muhammad Faiz menerima kunjungan Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit yang ­menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang tunai bagi meringankan beban ­pemuda itu.

Menurutnya, sebelum ini, anak sulungnya itu akan membantu mereka sekeluarga daripada aspek kewangan terutama ketika menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri.

“Memandangkan keadaannya yang diuji dengan kemalangan, persiapan untuk hari raya kali ini cukuplah sekadar yang termampu,” ujarnya.

Faizah memberitahu, suami­nya, Hasli Yusuf, 45, bekerja sebagai buruh kontrak dengan pendapatan tidak menentu, manakala dia sebelum ini mengambil upah menggoreng muruku.

“Bagaimanapun, saya terpaksa berhenti kerana perlu menguruskan Faiz memandangkan dia masih belajar untuk menguruskan diri sendiri dengan menggunakan sebelah tangan sahaja.

“Sekarang ini, hanya suami saya yang dapat bekerja untuk menyara kami sekeluarga,” ujar­nya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan kepada Muhammad Faiz Aiman Hasli menerusi akaun bank Hong Leong 32001006324.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI