fbpx

Harga ubat di Sri Lanka naik 40 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lonjakan harga itu melibatkan 60 jenis ubat-ubatan yang dijual di farmasi. - Getty Images

COLOMBO – Kerajaan Sri Lanka mengumumkan kenaikan sebanyak 40 peratus bagi harga ubat yang kebiasaannya dijual di farmasi, lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Menteri Kesihatannya, Channa Jayasumana memaklumkan ubat jenis antibiotik, ubat tahan sakit tanpa preskripsi dan ubat untuk penyakit jantung serta diabetes semuanya akan tertakluk kepada kenaikan harga.

Menurut laman berita News First, lonjakan harga itu melibatkan 60 jenis ubat-ubatan yang dijual di farmasi.

Pegawai industri berkata, kenaikan terbaharu itu perlu dilakukan untuk mengimbangi kesan harga bahan api yang meningkat dua kali ganda sejak Disember lalu.

Ia merupakan kali kedua dalam tempoh enam minggu, di mana harga farmaseutikal dinaikkan. 

Pada pertengahan Mac lalu, peningkatan sebanyak 30 peratus bagi ubat-ubatan sektor itu telah diumumkan.

Menurut angka rasmi, kadar inflasi Sri Lanka berada pada paras hampir 30 peratus pada April lepas. Ia adalah rekod tertinggi kali ketujuh berturut-turut yang dicatat negara tersebut.

Ia pada minggu lalu turut mengumumkan telah berjaya mendapatkan bantuan kewangan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), namun ia mungkin mengambil masa sehingga tiga bulan untuk tiba. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI