fbpx

Bot bawa 30 etnik Rohingya didakwa kehabisan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Sebuah bot dinaiki sekumpulan 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya didakwa terpaksa masuk ke perairan negara ini kerana kehabisan minyak.

Kesemua mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) berdekatan Pulau Lima di Langkawi kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Mereka terdiri daripada 17 lelaki dan sembilan wanita dewasa serta empat kanak-kanak.

Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, siasatan awal ke atas tahanan mendakwa bot dinaiki mereka kehabisan minyak.

“Mereka dakwa bukan nak masuk ( Malaysia) tetapi beri alasan terpaksa merapat ke perairan Malaysia kerana minyak habis,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kawalan di perairan negara akan terus diperketatkan daripada kegiatan jenayah rentas sempadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI