fbpx

Arsenal hidupkan peluang ke Liga Juara-Juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GABRIEL (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menewaskan West Ham 2-1 malam kelmarin. - AFP

LONDON – Arsenal kembali menempatkan diri dalam kelompok empat teratas sekali gus mencerahkan peluang ke pentas Liga Juara-Juara musim depan.

Ia susulan kejayaan Arsenal menewaskan West Ham United 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London malam kelmarin.

Biarpun menang tetapi pengurus Arsenal, Mikel Arteta masih tidak berpuas hati menyaksikan persembahan anak-anak buahnya yang bergelut untuk mengutip tiga mata ke atas West Ham.

“Kami menang dengan cara yang buruk. Itulah yang boleh saya ungkapkan jika saya membuat analisis terhadap perlawanan ini.

“Kadang-kadang kelab-kelab besar perlu mencari jalan untuk memenangi perlawanan ketika mereka tidak beraksi pada tahap yang terbaik,” katanya.

Arsenal bermula baik apabila membuka tirai jaringan menerusi tandukan Rob Holding hasil sepakan penjuru Bukayo Saka pada minit ke-38.

Kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Jarrod Bowen berjaya melakukan rembatan menewaskan penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale untuk menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat aksi babak pertama.

Bagaimanapun, tiga mata penuh menjadi milik Arsenal selepas Gabriel Magalhaes lula menanduk masuk hantaran lambung Gabriel Martinelli pada minit ke-54. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI