fbpx

Anak bulan dikesan di Labuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan membuat persiapan proses cerapan anak bulan untuk direkodkan baru-baru ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perubahan secara mengejut tarikh Hari Raya Aidilfitri pada kali ini yang awal sehari daripada sepatutnya terjadi selepas anak bulan disahkan kelihatan di Labuan.

Kejayaan pulau kecil itu berjaya mencerap anak bulan Syawal diperakui oleh pegawai Unit Falak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan, Awangku Bolkhizan Ahmad Thani.

Menurut sumber daripada pejabat berkenaan, pasukan cerapan di lokasi telah melihat hilal tersebut pada pukul 6.25 petang menjelang waktu Maghrib di kedudukan dua darjah 55 minit.

“Ia justeru memenuhi penetapan kriteria baharu imkanur rukyah iaitu ketinggian bulan mesti tidak kurang tiga darjah dan jarak lengkung di ufuk bawah enam darjah empat minit,” katanya.

Lokasi cerapan hilal di situ terletak di tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan yang mula diwartakan oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 2003 lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI