GARA-GARA produk penjagaan kulit yang dikeluarkan dituduh tidak berkualiti, pelakon dan juga usahawan Zoey Rahman sudah tidak boleh bertenang, cepat-cepat dia tampil membidas kenyataan seorang netizen dalam laman sosial.
Zoey nampaknya sangat geram dan bengang apabila seorang netizen bukan main lagi memperlekehkan produk kosmetik keluarannya sebagai produk ‘timbang kilo’. Tak baik!
“Produk timbang kilo dekat kilang, tapi mengaku sebagai pengasas. Puih!” komen seorang netizen.
Enggan bagi muka, selebriti berwajah kacak macam bintang K-pop itu memulangkan paku buah keras kepada netizen tersebut.
“Biasalah Melayu. Dengki, bomoh adalah lumrah. Kalau produk timbang kilo, tidak akan masuk pasaran Watsons tuan.
“Alhamdulillah sekarang produk saya sudah masuk di 101 cawangan Watsons. Jangan main ‘sembur’,” balas Zoey.
Kalau Diva jadi Zoey pun mesti geram bila orang main tuduh bukan-bukan. Tak pasal-pasal tular nama dalam media sosial, malu pun dapat.
Nasihat Diva untuk netizen lain di luar sana, kalau tidak ada perkara yang baik untuk diperkatakan, diam sajalah. Nak raya ni!
DIVA: Dengar khabar tudung yang dijual Elyana laku keras sampai habis stok sebab berebut-rebut orang beli. Tahniah!