fbpx

Syawal menjelang, Tajul sebak terkenang Achik Spin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAJUL ARIFF

KEHADIRAN Syawal sememangnya menitipkan banyak memori. Emosi sama turut dilalui penyanyi Tajul Ariff yang terimbau ingatan buat abangnya, Allahyarham Achik Spin yang meninggal dunia sekitar 12 tahun lalu.

Kata Tajul, mereka mempunyai ikatan cukup rapat walaupun berjarak usia yang sangat jauh. Ketika Achik sudah popular, Tajul sebenarnya masih di bangku sekolah rendah.

“Adik-beradik kami memang ramai tapi sangat rapat. Disebabkan saya anak bongsu daripada 10 bersaudara, boleh dikatakan arwah sangat memanjakan saya.

“Tapi selepas arwah sibuk dengan kerjaya seninya, ditambah sudah tinggal di Kuala Lumpur, kami tak luangkan masa bersama lagi.

SETIAP kali menjelang lebaran, ingatan Tajul terhadap arwah abangnya, Achik Spin tidak pernah padam. Foto – AFIQ RAZALI

“Rasanya sekitar umur saya sembilan atau 10 tahun pun abang dah makin sibuk. Cuti panjangnya cuma pada bulan puasa dan raya.

“Apa pun setiap kali ketibaan Ramadan mahu pun menjelang 1 Syawal, ingatan kami sekeluarga kepada arwah bertambah menebal.Sayu yang sukar diungkapkan.

“Apatah lagi sebelum pemergiannya kami baharu saja kehilangan ayah tercinta,” luah Tajul.

Achik yang juga vokalis kumpulan Spin meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Perhentian Nilai, iaitu di Kilometer 14, Lebuh Raya Kajang Seremban (Lekas) pada 17 April 2010.

Selain mencipta nama bersama kumpulannya, Allahyarham juga popular menerusi rangkaian lagu duet bersama Siti Nordiana terutama Paling Comel serta Memori Berkasih.

Mengimbas lagi kenangan bersama dua insan istimewa, bapa dan abangnya, pemilik nama sebenar Tajul Ariff Noor Md. Shari, 24, itu berkata, kedua-duanya suka membelikan sesuatu yang disukainya terutama pada bulan puasa.

TAJUL bersama isteri tercinta, Nurul Shamieza Eddie dan anak sulung mereka, Adriana Carissa.

“Sebenarnya bukan saya saja yang tak sabar tunggu bangchik (panggilan untuk Achik) pulang ke kampung sempena Ramadan, adik- beradik lain pun sama.

“Kalau dia balik memang kami cukup seronok sebab bangchik suka belikan mercun dan bunga api. Meriah sungguh pada waktu malam dengan dentuman aneka jenis mercun kami.

“Arwah ayah pula rajin belikan aneka juadah berbuka sebagai perangsang untuk anak-anak bersemangat habiskan puasa sehari.

“Jadi apabila mereka tiada, memang kami sangat terasa. Semua itu sentiasa saya kenang sampai bila-bila dan dapat saya ceritakan pula kepada anak-anak saya,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Tajul sebenarnya mempunyai dua lagi abang yang turut meneruskan legasi seni Achik dalam arena seni suara iaitu Awis yang menggantikan posisi arwah di dalam Spin lima tahun selepas pemergiannya serta Khalis selaku vokalis The Real Spin.

Apa pun kata Tajul, hari raya tetap tentang bahagia. Tahun ini, Tajul semestinya menyambut Aidilfitri dalam suasana ceria seperti orang lain bersama isteri, Nurul Shamieza Eddie dan Adriana Carissa, 2, dan Adrian Rifky, 11 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI