fbpx

Suasana Aidifitri berubah panik, ramai kelam kabut buat persiapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kerisauan orang ramai sebelum ini mengenai tarikh sambutan Hari Raya Aidifitri sudah terjawab malah membuatkan keadaan berubah panik susulan pengumuman raya yang ditetapkan esok pada 2 Mei bersamaan hari Isnin.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai yang belum bersedia sepenuhnya untuk menyambut perayaan Aidilfitri terpaksa membuat perubahan mengejut pada saat akhir.

Ini termasuklah persiapan mencari busana dan kelengkapan raya, hidangan dan jamuan yang belum dimasak serta menggubah perancangan untuk pulang ke kampung yang bakal menyaksikan pertambahan kenderaan di semua lebuh raya utama pada malam ini.

“Orang umum punya la mengharapkan raya. Sudah dua tahun tidak raya. Sekali mari awal habis semua orang kelam kabut,” kata Fazli.

“Sepanjang hidup tak pernah terjadi raya awal sehari ni. Esok makan nasi goreng sahaja lah. Rosak perancangan. Macam kena serangan panik terus rasa,” luah El Haura Fathia.

“Saya baju melayu pun tak dapat beli lagi. memang takda rezeki tahun ini. Malam ini mesti lebuh raya semua kena serbu, pening kepala,” ujar Hafidz.

“Esok raya dan kakitangan dah mesej nak buat apa? Rendang pun tak masak lagi ini. Semua tengah panik ni,” seloroh Maliza Jumaat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tarikh bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri seluruh Malaysia tahun ini ditetapkan esok pada 2 Mei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI