fbpx

Scammer guna profil selebriti di Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SCAMMER juga turut menggunakan profil Azizan di Telegram untuk tarik pelaburan.

SHAH ALAM – Orang ramai dinasihatkan berhati-hati terhadap kumpulan Telegram dan laman web ‘skim pelaburan’ penipuan yang menggunakan gambar dan profil Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

RichWorks dalam satu kenyataan menjelaskan, sejak kebelakangan ini didapati terdapat kumpulan-kumpulan Telegram, malah iklan Facebook menggunakan profil pengerusi kami bagi mempromosikan dan menarik minat orang untuk menyertai skim mereka.

“Sehubungan itu, kami ingin mengingatkan orang ramai terutama bangsa usahawan untuk tidak mudah terpengaruh dengan skim berkenaan yang tidak pun sah.

“Satu laporan polis telah pun dibuat di balai polis di Shah Alam agar tindakan susulan diambil terhadap pelaku atau admin kepada pihak berkenaan,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, Azizan telah mengingatkan agar orang ramai berhati-hati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda dengan modal yang kecil dan pantas.

Didapati ada yang guna gambar atau profil beliau dan nama RichWorks untuk ‘scam’ atas nama forex, bitcoin atau apa sahaja bentuk aktiviti pelaburan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI