fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Kelantan dan Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penduduk di bahagian utara dan pantai timur diingatkan supaya berwaspada susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlanjutan sehingga pukul 10 malam nanti.

“Ia melibatkan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta keseluruhan kawasan Pulau Pinang.

“Di Kelantan pula membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok dan Gua Musang,” katanya.

Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi negeri Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI