PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya berkata, keadaan tersebut dijangkakan berlaku sehingga tengah hari nanti.
“Di Kedah melibatkan Langkawi, Yan dan Kuala Muda sementara di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
“Selain itu, amaran sama turut dikeluarkan di keseluruhan negeri Melaka dan beberapa kawasan di Selangor iaitu Klang dan Kuala Langat,” katanya.
Dalam pada itu, di Johor pula membabitkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kota Tinggi.
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE