fbpx

Protokol terkini melibatkan pengembara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Bermula hari ini, keperluan pengujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas ke Malaysia dan pengujian semasa ketibaan digugurkan melibatkan tiga kumpulan pengembara.

Ia terdiri daripada pengembara berusia 18 tahun dan ke atas yang telah lengkap vaksinasi, pengembara berusia 17 tahun dan ke bawah tanpa mengira status vaksinasi dan pengembara mempunyai sejarah jangkitan Covid-19 dalam tempoh enam ke 60 hari dari tarikh sembuh sebelum berlepas ke Malaysia tanpa mengira status vaksinasi serta kesemuanya tidak perlu menjalani kuarantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, namun bagi pengembara berusia 18 tahun dan ke atas dengan status vaksinasi tidak lengkap atau belum menerima vaksinasi perlu melakukan ujian pra-pelepasan dua hari sebelum berlepas ke Malaysia (RT-PCR atau RTK-Ag Professional).

“Selain itu, menjalani ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama ada secara fizikal atau virtual.

“Sekiranya keputusan pengujian Covid-19 adalah negatif pengembara perlu menjalani kuarantin wajib selama lima hari di tempat penginapan termasuk rumah, dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari keempat atau RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan MMC sama ada secara fizikal atau virtual pada hari kelima,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pelepasan kuarantin pada hari kelima boleh diberikan jika keputusan ujian RT-PCR hari keempat atau RTK-Antigen hari kelima adalah negatif.

“Sekiranya keputusan pengujian Covid-19 adalah positif pada mana-mana situasi, pengembara akan diuruskan mengikut pengurusan kes positif sedia ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairy Jamaluddin berkata, mana-mana pengembara yang dikesan bergejala semasa berada di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) akan diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan RTK antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan sama ada secara fizikal atau virtual.

“Semua pengembara masih perlu mengemukakan Traveller’s Card yang dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera semasa ketibaan di PMA,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI