fbpx

‘Protokol minimalis’ Juliana Evans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JULIANA EVANS

BERKAHWIN dan menjalani kehidupan bahagia sebagai isteri kepada seorang lelaki berstatus kerabat diraja Johor dan Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah sejak 2017, pelakon jelita, Che Puan Juliana tetap memilih cara hidup sederhana sama seperti sebelum ini.

Kata Juliana atau nama nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans, 33, benar bahawa ada beberapa perkara yang perlu mengikut protokol istana, namun dirinya tetap individu sama.

“Bagi saya, tak banyak benda yang berubah tetapi ada beberapa perkara yang berubah, itu sudah sudah tentu. Saya sekarang dah semakin matang, usia pun dah melepasi 30-an

“Saya masih sangat berdikari. Sampai suami minta saya jangan terlalu berdikari sangat. Dia nak bagi bantuan, nak bagi itu ini. Macam bagi semua kerja menjadi lebih senang.

“Kadang-kadang, saya yang lupa sebab saya sebelum ini dah biasa sangat hidup berdikari tapi kadang-kadang, suami bagi peringatanlah (ketawa).

“Protokol tetap ada apabila bersama suami dan keluarga. Kalau tidak, macam biasa sahaja,” katanya yang baru muncul dengan telefilem berjudul Demi Raya baru-baru ini.

DUA tahun beraya dalam kekangan Covid-19 yang menyekat perjalanan. Juliana bagaimanapun terpaksa memendam hasrat untuk pulang beraya di Bagan Datoh, Perak tahun ini memikirkan kesesakan dan situasi semasa.

Ditanya apa yang membuatkannya menolak layanan istimewa sebagai keluarga kerabat diraja, Juliana sendiri tak tahu tetapi sudah terlazim menjalani kehidupan sebagai orang kebanyakan sejak dahulu.

“Saya pun tak tahu, tapi saya masih rasa macam saya boleh buat semuanya sendiri tapi lama-kelamaan, kita sendiri sedar yang kita tak boleh buat semua benda bersendirian.

“Jadi, saya perlukan bantuan sini sana sebenarnya. Kalau difikirkan balik sebagai seorang pelakon, bidang ini sebenarnya sangat ‘mahal’.

“Pelakon perlu ada pasukan macam pengurus, pembantu peribadi (PA) dan banyak benda,” jelasnya.

Kata Juliana, walaupun sudah menggalas peranan sebagai isteri dan ibu, dari segi kemaraan sebagai pelakon, beliau lebih bersedia.

“Kena belanjakan banyak benda untuk orang yang saya sebutkan itu, termasuklah tatarias dan pemandu (kalau ada). Jadi, lakonan adalah satu karier yang mahal.

“Itulah sebabnya saya cakap yang saya lebih bersedia sekarang. Sudah ada team (pasukan) sendiri dan tak nak sangat macam sebelum ini yang berdepan kesulitan sampai kadang-kadang jatuh sakit dan macam-macam lagi.

SELESA menjalani kehidupan biasa seperti sebelum ini, Juliana mengamalkan ‘protokol minimalis’ selepas berkahwin dengan kerabat diraja.

“Suami pun ada pesan tak payah kerja sampai diri sakit dan persoalkan kenapa saya buat itu ini.

“Saya balas ‘I love it’, apa yang saya boleh buat? Tapi, saya ada peraturan dan limitasi sendiri. Saya beritahu produksi dan mereka akan faham dengan komitmen saya,” jelasnya ceria.

Ralit bercerita soal kerjaya, kedatangan Syawal tidak lupa memasuki topik perbualan.

Selepas dua tahun raya ‘terperuk’ ekoran pandemik Covid-19, Juliana sememangnya tidak sabar menghabiskan masa balik ke kampung halamannya, di Bagan Datoh, Perak.

“Suami saya memang suka balik kampung. Sebelum ini dia balik beraya dengan saya sampai demam-demam. Kali ini kami ada rancangan nak balik lagi dan bersama dengan anak.

“Sebab dah ada anak, kena bawa ‘entourage’ sikitlah tapi sebab saya rasa dua tahun orang tak balik raya, ramai macam balas dendam, homestay semua penuh. Jadi, tak dapat.

“Mungkin tahun ini tak dapatlah nak beraya di kampung saya, kita beraya di kampung belah suami,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI