PETALING JAYA – Setiap kali tiba musim perayaan, isu sampah di Lebuh Raya Utama Tengah (CSR) muncul kembali sehingga mencacatkan pemandangan pengguna jalan raya.
Menerusi perkongsian beberapa foto di Facebook milik Planet Malaya memaparkan keadaan kawasan terbabit yang sarat dengan pelbagai jenis sampah dan sisa makanan.
Kesemua sampah berkenaan turut dilihat berada dalam keadaan berselerak dan bersepah. Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dikenal pasti.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan tidak bertanggungjawab itu dan meminta agar masyarakat untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar.
“Takut kereta kotor, biar alam sekitar kotor. Cari plastik sampah letak dalam kereta dan belajar buang sampah di tempat yang betul,” kata Zainab.
“Duduk sibuk kenapa Malaysia tak maju macam negara lain tetapi buang sampah pun gagal macam mana nak maju,” selorh Rahimah.
“Tolonglah sayang alam sekitar, sangat-sangat tak bertanggungjawab,” ujar Aishah. – KOSMO! ONLINE