fbpx

Bakal suami mabuk, pengantin perempuan dikahwinkan dengan tetamu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keputusan itu dibuat oleh bapa pengantin perempuan yang tidak mahu anaknya berkahwin dengan pemabuk. - India Today

NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan dikahwinkan dengan seorang saudara maranya selepas bakal suami wanita itu tiba di dewan perkahwinan dalam keadaan mabuk, lapor akhbar Daily Star UK  kelmarin.

Majlis perkahwinan luar biasa itu berlaku di Kampung Malkapur Pangra, daerah Buldhana, dalam negeri Maharashtra.

Menurut keluarga pengantin perempuan, majlis sepatutnya berlangsung pada pukul 4 petang (waktu tempatan) namun pengantin lelaki tidak kunjung tiba.

Lelaki itu hanya muncul sekitar pukul 8 malam dan dalam keadaan mabuk bersama beberapa rakannya.

Kumpulan itu mula membuat kecoh dan mengganggu tetamu yang hadir seperti gengster jalanan.

Melihatkan keadaan itu, bapa pengantin perempuan mengambil keputusan untuk  meneruskan perkahwinan anaknya dengan salah seorang saudara-maranya yang hadir sebagai tetamu.

“Saya tidak mahu anak saya berkahwin dengan pemabuk seperti itu.

“Selepas berbincang dengan keluarga, kami bersetuju memilih saudara terdekat (sepupu) sebagai pengganti calon suami anak saya,” ujar bapa pengantin perempuan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI