fbpx

Ayam Bismi jual hingga lewat malam berikutan Aidilftiri esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai menyerbu pusat jualan Ayam Bismi di Simpang Empat Kangkong di Alor Setar yang dibuka sehingga pukul 12 tengah malam ini.

ALOR SETAR – Sebuah syarikat penternakan dan pengedaran ayam di Simpang Empat Kangkong di sini, Ayam Bismi mengambil inisiatif mengadakan jualan ayam segar sehingga lewat malam ini.

Presiden syarikat berkenaan, Jaffri Ahmad berkata, pusat jualan ayam tersebut dibuka semula kira-kira pukul 9 malam tadi selepas pengumuman Hari Raya Aidilfitri esok bagi membantu penduduk mendapatkan bahan mentah itu.

“Ini adalah atas rasa prihatin syarikat. Kami tahu ada yang belum memperoleh bekalan ayam lagi kerana mungkin menunggu sehingga esok.

“Bekalan di tempat lain mungkin kehabisan jadi di Ayam Bismi mereka boleh datang beli sehingga pukul 12 tengah malam sementara stok masih ada,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, pusat jualan berkenaan termasuk outlet lain di seluruh negeri ini diserbu pelanggan sejak ia dibuka selepas waktu subuh hari ini.

“Kilang Ayam Bismi mengeluarkan bekalan penuh hari ini iaitu 4,000 ekor sejam.

“Diharapkan bekalan ayam ini dapat membantu umat Islam menyediakan juadah kegemaran mereka untuk hari raya esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI