fbpx

Anggota polis maut, SUV terbabas semasa hantar keluarga pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Aruz yang dinaiki mangsa yang terbabas ke dalam sungai di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Hasrat seorang anggota polis trafik untuk menghantar isteri, tiga anak dan dua adik iparnya menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman tidak kesampaian apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kilometer 15, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, mangsa, Koperal Ahmad Ibrahim, 31, yang bertugas di Balai Polis Trafik Klang Selatan, Klang, Selangor meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa Ahmad yang memandu SUV jenis Perodua Aruz dalam perjalanan dari Gua Musang menuju ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, SUV dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terbabas ke dalam sungai.

“Insiden itu menyebabkan Ahmad meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang di sini untuk dibedah siasat.

“Isterinya, Nurulasma Zakaria, 31, bersama tiga anak berusia lapan bulan hingga empat tahun dan dua adik ipar mangsa turut mengalami kecederaan dalam kemalangan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Choon Foo, siasatan mendapati, mangsa dipercayai sedang dalam perjalanan menghantar isteri, anak dan adik iparnya pulang ke Kuala Krai untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI