fbpx

24 kru terselamat bot pukat bilis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah bot pukat bilis dinaiki 24 kru terbakar di perairan Langkawi, malam ini.

LANGKAWI – Seramai 24 kru termasuk tekong terselamat selepas sebuah bot pukat bilis terbakar dalam kejadian berhampiran Pulau Buyong di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, kesemua mangsa berjaya diselamatkan bot nelayan lain.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7.50 malam daripada Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 Langkawi.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah bot bilis KH 455.

“Bot-bot bilis dan nelayan lain yang berada berhampiran membantu memadamkan kebakaran serta menyelamatkan semua kru.

“Kesemua 24 kru termasuk tekong berjaya diselamatkan dan dibawa balik ke Pangkalan PPM Bukit Malut oleh bot PPM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa yang mengalami kecederaan serius dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI