KUALA LUMPUR – Dua buah gerai di Jalan Datuk Senu 26, Taman Datuk Senu dekat sini musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Komander Operasi PBK II Rusdi Ismail berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada pukul 4.35 pagi.
“Seramai 33 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan dibantu BBP Gombak Selatan, Titiwangsa dan Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di tempat kejadian didapati kebakaran berlaku melibatkan dua buah gerai yang berada di tepi jalan.
“Kebakaran berjaya dikawal oleh anggota bomba namun gerai tersebut terbakar 100 peratus menyebabkan keseluruhannya musnah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan mangsa serta kerja-kerja baik pulih sedang dilakukan.
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE