fbpx

Wanita solo dilarang masuk ke restoran piza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita mendakwa dia dilarang masuk ke sebuah restoran piza kerana hadir bersendirian. - Getty Images

DETROIT, Michigan  – Seorang wanita berang apabila pengawal keselamatan di sebuah restoran piza menghalangnya makan di premis dengan alasan polisi larangan solo, lapor akhbar Mirror UK.

Menurut wanita yang dirahsiakan namanya, dia berasa sangat terkejut dan dimalukan apabila tidak dibenarkan masuk hanya kerana dia berseorangan.

“Saya baru pulang dari bekerja, penat dan sangat lapar lalu menerima layanan tidak masuk akal seperti ini.

“Sehingga kini, saya tidak faham alasan saya tidak dibenarkan masuk untuk menikmati piza seorang diri,” jelasnya.

Sementara itu, pihak pengurusan restoran tersebut, Ramona, memberitahu bahawa premis berkenaan tidak pernah mengamalkan polisi larangan solo seperti  dinyatakan oleh mangsa.

Pengarah Operasi dan Hubungan Awam Ramona, Andrew Marshall berkata,  pihaknya tidak mempunyai alasan untuk menghalang lelaki atau wanita solo daripada menikmati hidangan di restoran mereka.

“Isu ini masih dalam siasatan maka saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berdasarkan kes tertentu,” jelas Marshall. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI