fbpx

Trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan, KLK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang pagi ini

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan serta Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) perlahan ekoran pertambahan kenderaan sempena cuti perayaan Aidilfitri.

Menerusi laporan trafik di laman web Lebuh Raya Malaysia (LLM), kenderaan dilaporkan bergerak perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara melibatkan beberapa laluan sejak pukul 5.30 pagi tadi.

“Antaranya dari Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buaya, Lembah Beringin ke Behrang, susur keluar Plaza Tol Sungkai, Bidor ke Gopeng serta dari Sungai Perak ke Kuala Kangsar,” katanya dalam datu kenyataan hari ini.

Sementara itu, di KLK, trafik dilihat semakin sesak menghala ke arah timur di laluan sebelum masuk Plaza Tol Gombak menuju ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Lentang pagi ini.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya merancang perjalanan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di dua lebuh raya berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI