fbpx

Tahan kencing tiga jam, lebuh raya sesak teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di Lebuh Raya Karak yang sesak teruk pagi tadi.

PETALING JAYA- Peningkatan aliran trafik di hampir kesemua lebuh raya seluruh negara pagi ini menyebabkan ramai pengguna berdepan situasi ‘kecemasan’ termasuk terpaksa menahan kencing selama tiga jam berikutan tersekat dalam kesesakan.

Berkongsi cerita itu, seorang pengguna, Zahirul Azri berkata, dia terpaksa menahan dirinya untuk membuang air kencing selama tiga jam selepas tersekat di Plaza Tol Gombak menuju Plaza Tol Karak hampir tiga jam.

“Saya mula keluar rumah di Cheras pada pukul 3.30 pagi kerana mahu mengelakkan kesesakan untuk pulang ke kampung halaman di Kuantan, Pahang selepas beranggapan tidak ramai pengguna pada waktu itu.

“Bagaimanapun, tanggapan saya meleset berikutan warga kota mula membanjiri Plaza Tol Gombak seawal pukul 3 pagi dan akhirnya saya turut tersekat hampir sejam sebelum melepasi kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Katanya, pemanduannya selepas Plaza Tol Gombak menuju Plaza Tol Bentong juga disifatkan sebagai mencabar kerana terpaksa menahan dirinya untuk membuang air kecil.

“Memang mencabar, satu disebabkan jalan sesak, kedua suhu di dalam kereta juga sejuk. Jadi, ia memang satu pakej lengkap untuk saya terus berjuang menahan rasa mahu buang air kecil itu.

“Keadaan di hentian rehat dan rawat yang sesak juga memberi cabaran tambahan kerana perlu beratur panjang untuk masuk ke tandas, tetapi nasib baik semuanya sudah selesai dan saya sudah selamat berada di Kuantan,” katanya.

Jelasnya, perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuantan pagi tadi mengambil masa hampir enam jam berbanding waktu biasa iaitu sekitar tiga jam sahaja.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI