fbpx

Rohingya tak reti nak berterima kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 528 tahanan imigresen yang lolos ditahan di kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan.

Ibarat melepaskan anjing tersepit. Perumpamaan ini sesuai untuk menggambarkan tindakan ganas 528 tahanan Rohingya yang merusuh dan merosakkan Depot Imigresen Sementara Relau di Kem Sri Impian di Bandar Baharu, Kedah pada 20 April lalu.

Sejak sekian lama, pelarian Rohingya merupakan beban yang tidak dialu-alukan, namun pada masa sama membuatkan kerajaan serba salah untuk menolak mereka.

Kerajaan sebenarnya jadi buntu di mana hendak dihantarkan mereka ini. Kalau pendatang Indonesia, Bangladesh atau Nepal ada juga negara yang boleh dihantar tetapi etnik ini memeningkan kepala mana-mana kerajaan di Asia ini sebab mereka tidak bertuan.

Lebih menggerunkan apabila sudahlah tiada negara mahu terima, populasi pula semakin membiak dan bertambah saban hari.

Dalam kita bersimpati dengan apa yang dilakukan oleh Junta Myanmar kepada mereka, sebahagian etnik Rohingya ini berani pula membuat onar atas alasan sudah rimas duduk di depot.

Wah! Bukan main sedap lagi alasan. Kerajaan menghabiskan jutaan ringgit untuk menampung makan minum mereka di situ. Bertambah malang apabila duit pembayar cukai pula yang digunakan.

Bukannya mereka berhujan panas di depot tetapi diberikan perlindungan. Walaupun ada yang kata tak selesa atau apa sahaja alasan yang diberi, Rohingya masih dilindungi dan bukannya dibiarkan merempat.

Sudah masuk 10 hari kejadian itu tetapi 51 Rohingya termasuk dalang rusuhan masih bebas. Bijak menyusup dan menyamar untuk melarikan diri daripada ditangkap semula.

Satu saja yang mesti dilakukan oleh pihak berkuasa ialah menggempur semua lokasi pendatang ini di seluruh negara.

Tangkap semua etnik Rohingya yang ada di bumi Malaysia ini bagi mendapatkan maklumat di mana lokasi dalang tersebut.

Dalang kejadian ini ternyata bijak membuat percaturan untuk melepaskan tengkuk masing-masing. Mencipta alasan kukuh dan memainkan emosi tahan lain untuk sama-sama merusuh dan melarikan diri.

Sememangnya dalang ini sudah ada tujuan dan sengaja mengajak yang lain sebagai helah, menutup jejak atau melengah-lengahkan pihak berkuasa mengawal situasi.

Rusuhan pada awal pagi bulan puasa dilihat sebagai waktu yang sesuai untuk lari kerana mungkin ketika itu kawalan sedikit longgar kerana masing-masing sibuk bersahur.

Di sini jelas menunjukkan rancangan teliti telah dibuat oleh sekumpulan dalang daripada tahanan di situ.

Walaupun belum lagi kita dengar ada penduduk kampung berdekatan depot yang menjadi mangsa keganasan mereka, namun kita juga risau kerana pendatang boleh menjadi ancaman kepada keselamatan masyarakat.

Apapun, kita percaya polis dan imigresen sudah mengumpulkan maklumat risikan untuk menjejaki mereka yang kurang ajar ini. Kita yakin dengan kemampuan Sang Saka Biru dalam hal-hal sedemikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI