fbpx

Produk EB bermutu tinggi janji kelainan, kepuasan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Popcorn perisa tomyam dan original.

PETALING JAYA – Sebut sahaja makanan sejuk beku, pasti EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) antara jenama yang menjadi pilihan pengguna sejak beberapa tahun lalu.

Jenama makanan sejuk beku terkenal itu tidak sahaja menawarkan pelbagai keunikan dari segi produk bermutu tinggi, namun menjadi kepercayaan pengguna sekian lamanya.

Sebagai bukti, EB berjaya mengorak langkah hampir tiga dekad dalam industri makanan sekali gus menjadi antara salah satu jenama yang pantas berkembang.

Bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini, syarikat komited menawarkan pengalaman istimewa yang mungkin tidak akan dilupakan pelanggan setiap kali menikmati barisan produk keluaran mereka.

Bercakap mengenai keunikan dan perbezaan barisan produk, tentunya EB menawarkan produk lain daripada yang lain ke atas semua produknya.

Produk tersebut termasuklah variasi kegemaran ramai seperti Fish Finger, Cheese Finger, Fish Chip, Fish Patty dan Golden Fish Chip termasuk produk terbaharu digilai iaitu Popcorn Chicken (Original dan Tomyam).

Menyentuh mengenai kelebihan, keunikan dan perbezaan yang ditawarkan Popcorn Chicken, semestinya ia dihasilkan daripada isi dada ayam berkualiti tinggi selain tekstur rasanya yang lembut di dalam dan rangup di luar.

Paling utama, EB Popcorn Chicken diproses bersih tanpa mengandungi lemak trans dan amat sesuai dijadikan sebagai snek hidangan minum petang bersama insan tersayang.

Kesemua barisan produk EB turut dihasilkan khas buat mereka yang tidak mempunyai masa dan sibuk sepanjang hari, bersesuaian dengan konsep mereka iaitu cepat dan senang.

Dari aspek kualiti dalam memastikan produk terus terjamin, EB sentiasa memastikan proses pengeluaran hingga pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard serta piawaian yang ditetapkan.

Bagi pengguna Muslim yang pertama kali mencuba produk EB, mereka tidak perlu ragu-ragu semasa membeli kerana semua produk diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tidak setakat itu, kesemua barisan produk EB dihasilkan mengikut piawaian halal amalan perkilangan baik (GMP) dan Standard Audit Titik Kawalan Kritikal dan Analisis Bahaya (HACCP) sekali gus membuatkan pengguna yakin untuk membelinya.

Pembelian boleh dilakukan menerusi dua cara iaitu offline dengan mengunjungi pasar raya besar seperti Aeon, TF Value, Econjaya, Sunshine, NSK, Lulu Hypermarket dan beberapa lagi.

Pembelian bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang juga boleh dilakukan menerusi platform Shopee di (https://rb.gy/ohfoel) atau Lazada di (https://rb.gy/4nfuhj).

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI