fbpx

Piala FA : TFC lepasi halangan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol kedua semasa menentang Negeri Sembilan FC pada saingan Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) melepasi halangan pertama dalam kempen Piala FA selepas menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Awal permainan memihak TFC yang mula mengatur gerak menerusi Kipre Tchetche pada minit pertama disusuli sepakan percuma Manuel Ott yang nyaris menerjah gawang pada minit ke-25.

Corak agresif TFC membuahkan hasil pada minit ke-28 apabila bek tengah NSFC, Herold Goulon tertolak masuk bola hantaran Muhd. Syafik Ismail ke dalam gawang sendiri.

Kem tuan rumah kemudiannya dikejutkan gol penyamaan NSFC hasil tandukan kemas pemain tengah, Omid Naziri yanh berpunca sepakan bebas Annas Rahmat pada minit ke-35.

Hanya tiga minit berselang TFC kembali ceria setelah Faisal Abdul Halim bijak melepaskan diri daripada dua pertahanan lawan untuk menewaskan penjaga golx lawan, Ahmad Syihan Hazmi dari jarak dekat.

NSFC mempamerkan aksi lebih dominan selepas rehat dan hampir menyamakan kedudukan namun voli serta tandukan David Mawutor pada minit ke-53 dan ke-80 diselamatkan penjaga gol TFC.

Hasrat anak-anak buah K. Devan untuk mengheret aksi ke masa tambahan gagal dengan TFC mengekalkan kelebihan 2-1 untuk mengesahkan pertemuan dengan Kedah di pusingan kedua. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI