fbpx

Perantau disaran guna Jalan Gua Musang-Jeli untuk elak kesesakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (empat dari kiri) menyampaikan pek makanan kepada perantau di Stesen Timbang JPJ, Tanah Putih dekat Gua Musang petang semalam. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis menyarankan perantau dari ibu negara yang pulang ke Kelantan agar menggunakan laluan alternatif Jalan Gua Musang – Jeli bagi mengelakkan kesesakan di jalan-jalan utama di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, meskipun laluan alternatif itu mengambil masa yang lebih lama namun, ia mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas yang teruk di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Menurutnya, Jalan Gua Musang-Kuala Krai merupakan jalan biasa yang dilalui pengguna jalan raya apabila masuk ke Kelantan melalui Gua Musang.

“Apabila berlalu pertambahan kenderaan, Jalan Gua Musang – Kuala Krai pasti akan sesak terutamanya di susur keluar lebuh raya Central Spine Road,, bulatan Tenaga Nasional Berhad, lampu isyarat Masjid Faiz dan lampu isyarat KFC.

“Sebagai alternatif, pengguna jalan raya boleh menggunakan Jalan Gua Musang-Jeli bagi mengelakkan kesesakan itu. Jalan itu juga boleh dilalui dari Simpang Pulai – Cameron Highland – Jelawang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sebanyak 250 pek makanan kepada perantau pada program Ops Selamat Ke- 18 di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tanah Putih di sini semalam.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI