fbpx

Penduduk apartmen Ara Greens panik, rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah unit apartmen Ara Greens, di George Town terbakar malam tadi.

GEORGE TOWN – Penduduk di apartmen Ara Greens, Sungai Ara di sini panik selepas sebuah kediaman berpenghuni di tingkat 16 bangunan itu terbakar malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.25 malam itu menyebabkan sebahagian penduduk dikatakan berlari turun ke tingkat bawah selain ada yang menjerit-jerit meminta agar penghuni lain bangun daripada tidur.

Difahamkan, pemilik kediaman yang terbakar itu merupakan seorang wanita berketurunan India dan mangsa sempat melarikan diri sebaik kejadian berlaku.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 11.25 pagi dan tiba ke lokasi kurang lima minit kemudian.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah bilik di tingkat 16 apartmen berkenaan.

“Peratusan kebakaran bilik dianggarkan 100 peratus secara keseluruhannya dan dilaporkan tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa melibatkan penghuni kediaman tersebut,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI