fbpx

Matrix sumbang RM200,000 untuk bina surau Ara Sendayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Hock (kanan) bersama Mohamad Haslah (dua dari kanan) serta Aminuddin (tiga dari kanan) pada majlis penyerahan sumbangan dana awal pembinaan surau Ara Sendayan di Seremban baru-baru ini.

PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix) telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai dana awal untuk pembinaan sebuah surau Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan baru-baru ini.

Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, sumbangan untuk membina surau tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada komuniti Islam di kawasan tersebut beribadat dengan sempurna dan juga menjalankan pelbagai aktiviti serta program ibadah bersama.

“Kami sangat mengambil berat tentang pembangunan komuniti di bandar baharu yang dibina di sini bersesuaian dengan perkembangan ekonomi dan sosial penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Matrix, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin kepada Pengerusi jawatankuasa pembinaan Surau Ara Sendayan, Taufek Sharom sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Negeri Sembilan, Dato Seri Aminudin Harun.

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan, Ho Kong Soon. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI